Riwayat Al Habib Yasin Bin Aqil Bin Yahya - Pembawa Syiar Dakwah Ke Tanah Melayu
Tengkuadiman - Dalam Dakwah Islam di Nusantara yakni Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Kepulauan Indonesia, perjuangan dalam membangunkan bangsa besar pengaruhnya. Para Ulama' Sejarawan dan Orientalis terdahulu telah menulis dalam buku-buku sejarah tentang peranan Para Wali dalam membangunkan dan meletakkan asas-asas dasar kepada menghidupkan syi'ar Islam dimuka bumi
Makam Habin Yasin bin Aqil Al bin Yahya di Terengganu - Malaysia |
Nusantara. Sehingga saat ini jejak langkah Para Wali ini tetap terukir indah dan diteruskan secara berkesinambungan oleh Pewaris-Pewarisnya.
Di antaranya AL-HABIB YASIN BIN 'AQIL BIN AHMAD BIN 'AQIL AL-BADAWI BIN AHMAD BIN AL-IMAM YAHYA yang membawa syi'ar dakwah ke Semenanjung Malaysia, yakni TERENGGANU.
Di INDONESIA, kita mengenali WALI SONGO(WALI SEMBILAN), mereka ini adalah keturunan langsung dan pewaris perjuangan suci dari AL-RASUL MUHAMMAD SAW sejak dari KOTA MAKKAH ke MADINAH sehingga perpindahan mereka ke IRAQ kemudian ke YAMAN SELATAN, yakni HADRAMAUT lalu mengembang ke INDIA, MALABAR, COLOMBO (SRI LANGKA), PAKISTAN, GUJARAT, lalu memasuki negeri-negeri di INDO-CHINA yakni KEMBOJA, THAILAND, BURMA, CHAMPA dan CANTON, kemudian ke SEMENANJUNG TANAH MELAYU, KEPULAUAN INDONESIA dan FILIPINA. Sebahagian lagi menyebar ke AFRIKA TIMUR, PESISIR SELATAN AFRIKA kemudian ke AFRIKA TENGAH dan AFRIKA BARAT, MADAGASKAR, KOMORO, ZANZIBAR, TANZANIA, SOMALIA dan KENYA. Para WALI SONGO ini berjuang membangunkan dan mengangkat Darjat dan Martabat Bangsa di
NUSANTARA ini kepada satu bangsa yang UNGGUL dan dikenali dalam percaturan POLITIK DUNIA.
Perjuangan WALI SONGO dan keturunannya terus berlanjutan hingga ke saat ini. Bukti perjuangan mereka tidak terputus dan berlangsung mengikut perkembangan Zaman. Sejarah mencatatkan bahwa terdapat zuriat Rasulullah saw yang berjuang mengembangkan Islam dizaman SULTAN ZEINAL 'ABIDIN I yakni sekitar tahun 1112-1209H/1700-1795M dengan jaya dan bersungguh-sungguh meneruskan jejak langkah para leluhurnya di Bumi Nusantara. Beliau tidak pernah mendombakan pangkat dan kemewahan, dengan kesungguhan dan tanpa mengenal penat lelah mewarnai dan mengisi perjuangan beliau iaitu NEGERI TERENGGANU. Seperti mana PARA WALI SONGO, yang MENYEBARKAN ISLAM
DI INDONESIA,
AL-HABIB YASIN BIN 'AQIL BIN AHMAD BIN 'AQIL AL-BADAWI BIN AHMAD BIN AL-IMAM YAHYA, adalah keturunan NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW dan mempunyai pertalian yang erat dengan
WALI SONGO. Beliau mempunyai SILSILAH yang tidak terputus dari AR-RASUL MUHAMMAD SAW sehingga pada dirinya sendiri. SILSILAHNYA bersambung secara terus dan terjaga dengan rapi yang dinamakan
" SILSILAH DZAHABIYYAH "
bermaksud " RANTAIAN
EMAS " yang merupakan sebuah SANAD/RANTAIAN 'ILMU dan keturunan yang bersambung kepada
BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW yang mana setiap mata rantainya adalah IMAM
AULIYA' DAN 'ALIM
ULAMA' serta pemimpin ummat sekaligus
KETURUNAN RASULULLAH SAW.
KEWUJUDAN PARA WALI ALLAH, telah diisyaratkan oleh ALLAH SWT dalam FirmanNya:
ألا ان أولياء الله لاخوف عليهم ولا هم يحزنون. الذين آمنو وكانوا يتقون.
(يونس:62-63)
" Sesungguhnya Para Waliyullah itu tidak mengkhawatirkan sesuatu dan tidak pula mereka itu merasa sedih. Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa "
(Yunus:62-63)
* SESUNGGUHNYA WALIKU ADALAH GOLONGAN DARI HAMBA-HAMBAKU DAN KEKASIHKU YANG PALING DEKAT KEPADAKU YANG SELALU BERZIKIR MENGINGATIKU DAN AKU PUN MENGINGATI MEREKA *
( Hadith diriwayatkan oleh Al-Hafidz Al-Ashbahani dari dua riwayat salah satunya dari Abu Mansur Al-Ansori )
HABIB YASIN BIN 'AQIL BIN AHMAD BIN 'AQIL AL-BADAWI BIN AHMAD BIN AL-IMAM YAHYA,
disebutkan bahawa beliau adalah orang yang pertama daripada keluarga Al-Bin YAHYA yang turun di Negeri Terengganu sekitar tahun 1700 M.
HABIB YASIN telah berjaya berdakwah melalui Istana Sultan dan masyarakat di Negeri Terengganu. Bahkan beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Sultan dalam hal yang berkaitan dengan Agama Islam serta Pentadbiran Negeri.
Allah telah memberikan nikmat kepada beliau ini karena telah dikurniakan zuriat yang ramai tersebar di seluruh Nusantara. Ini adalah hasil perkahwinan beliau dengan Puteri Sultan Zeinal 'Abidin Yang Pertama, iaitu Puteri Cik Siti Dewi. Beliau dikurniakan seramai lapan orang putera. HABIB YASIN telah menjadi seorang Pendakwah serta Pendidik yang berjaya terhadap anak-anaknya. Ke semua mereka telah dibawa pulang semula ke Negeri asalnya di Quraf, Hadhramawt YAMAN SELATAN. Tujuannya untuk mendapatkan kembali segala Warisan 'Ilmu Agama Leluhur mereka yang amat berharga.
Setelah mereka memperolehi apa yang di hajatkan di Hadramawt YAMAN, HABIB YASIN membawa anak-anaknya kembali ke Terengganu dengan niat agar mereka dapat menyebarkan 'Ilmu-'Ilmu Agama Islam serta Dakwah yang murni.
Habib Yasin ini memiliki 8 orang putra yakni:
1.Abdurrahman (masuk ke Pahang),
2. Yahya (masuk ke Kelantan),
3. Jakfar
4. Husein (masuk ke Pattani, ( sempadan Thailand),
5. Salim (masuk ke Kelantan),
6. Hasan (masuk ke Pahang),
7. 'Aqil (mempunyai anak nama Muhammad, dan kelak cicitnya bernama Zeinal 'Abidin masuk ke Pulau Burung, Sebuyau Sarawak dan,
8.Hamid (masuk ke Pahang).
Keturunan Habib Yasin ini memenuhi Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia di antaranya di Kelantan, Pattani, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Segamat Johor. Siak Riau, Dumai di SUMATERA dan tidak terkecuali di Sebuyau SARAWAK.
Di antara anak Habib Yasin ini adalah Habib Abdurrahman yang bernikah dengan Putri Sultan Pahang. Beliau wafat di Kampung Marhum, Pekan Pahang, dan meninggalkan 5 orang putra yakni:
1.Abubakar,
2.Abdullah,
3.Thoha,
4.Hamid dan,
5.Yusuf.
Keluarga ini kemudian tersebar di Kampung-Kampung Kuala Tekal, Jerang, Negeri Sembilan, Temin Jerantut, Balok, Kuantan Pahang. Jumlah mereka sangat ramai sekali.
Habib Yahya bin Yassin pula dikaruniakan 5 orang putra yakni:
1. Hasyim,
2. Omar,
3. Qossim,
4. Muhsin dan
5. Ali.
Habib Jakfar bin Yasin dikaruniakan 6 orang putra iaitu:
1. Yasin,
2. Ahmad,
3. Abdurrahman,
4. 'Ali,
5. 'Uthman, dan
6. 'Abdullah.
Habib Husein bin Yasin dikaruniakan 8 orang putra yakni:
1. 'Uthman,
2. Hamid,
3. Hasan,
4. 'Abdullah,
5. Hasyim,
6. Muhammad,
7. Ibrahim dan,
8. Zeinal 'Abidin.
Habib Salim bin Yasin dikaruniakan 5 orang putra yakni:
1. Zein,
2. Qosim,
3. Muhsin,
4. Husein dan,
5. Abu Bakar.
Keturunan Habib Hasan dan Hamid bin Yasin banyak di Pahang dan serata Malaysia secara 'amnya. Maklumat berkenaan dengan keluarga ini pasti ada pada mereka.!
WALALLAHU'ALAM.
Habib 'Aqil bin Yasin telah dikaruniakan 6 orang putra, yaitu:
1. Muhammad,
2. 'Umar,
3. 'Abdullah,
4. Musthofa,
5. Ahmad dan,
6. Isma'il.
Di katakan bahwa cucu Habib Muhammad yang bernama Habib Zeinal 'Abidin bin Ja'afar bin Muhammad bin 'Aqil bin Habib Yasin Al-bin YAHYA, telah melakukan perjalanan merentas Laut China Selatan sekitar atau penghujung tahun 1800 atau se awal 1900 M. Beliau masuk ke Sarawak di Pulau Burung, Sebuyau.
Keluarga ini telah tersebar luas di Sarawak bermula di Sebuyau, dan di Stoh melalui beberapa jalur dari putra Habib Zeinal Abidin bin Jakfar bin Yahya. Yang dikenal pasti adalah:
1. Ahmad (Tuanku Cabik),
2. Muhammad (Tuanku Lada) dan,
3. Hasan (Tuanku Masam).
Selain mereka itu, ada beberapa lagi anak-anaknya yang melanjutkan keturunan ini.
Tersebarnya keturunan Al-Habib Yasin bin 'Aqil Al-bin Yahya ini melahirkan banyak tokoh-tokoh pelbagai bidang. Antara keturunanya yang dikenali adalah Yang Behormat Dato' Syed Ibrahim bin Ahmad bin Hasan binYAHYA (ADUN Kerdau, Temerloh Pahang) atau biasa
disebut HABIB IBRA.
Selain beliau, antara keturunan HABIB YASIN yang dihormati adalah Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Ja'afar Al-Bin Yahya, MENTERI SUMBER ALAM SEKITAR MALAYSIA.